Pertukaran vokalis Lefthanded

Selepas album Evolusi, Nash penyanyi utamanya meninggalkan Lefthanded dan digantikan buat sementara oleh penerbit album mereka sendiri iaitu Ramli Sarip.  Ramli sanggup mengambil tempat Nash kerana tidak mahu Lefthanded berkubur begitu saja. Ramli sempat merakamkan satu album berjudul Fanatisme bersama Lefthanded.  Selepas itu Yan pula meninggalkan mereka untuk menyertai semula kumpulan Search yang pernah dianggotainya dulu.

Selepas itu, penyanyi Arab masuk mengambil tempat Ramli dan cuba menghidupkan kembali Lefthanded di dalam album Nafas tetapi ketika ini Lefthanded sudah kehilangan sengatnya kerana anggota asal sudah tiada lagi dan Man Kidal pula meninggalkan mereka kerana sibuk dengan kerja-kerja rakaman antaranya Ella dan Crossfire. Nash kembali semula pada tahun 1998 dan menghasilkan lagi 2 buah album iaitu Dimensi baru dan Syurga & Neraka.

Konsert Lefthanded, Live at Planet Hollywood 2006 merupakan satu konsert yang sangat mendapat kejayaan kerana konsert tersebut antara konsert yang terbaik pernah kumpulan Lefthanded adakan hingga rakaman konsert tersebut mampu untuk dijual semula dalam bentuk album.

Pada 23 Oktober 2008, Lefthanded kehilangan pemain gitarnya, Abdul Samad Mian atau Samad, 45, yang meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terjatuh di pejabatnya di Ampang. Selain bermain muzik, arwah pernah menjadi pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sejak empat tahun lalu.

Pada 15 Mac 2016 Man Dayak, pemain drum telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 54 tahun akibat serangan jantung.

Arab merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Johor, dan pernah menjadi ketua pelajar di situ.

Pada 12 November 2016 Arab, vokalist telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 50 tahun akibat komplikasi jantung.

Rujukan

WikiPedia: Lefthanded http://besihitamproduction.blogspot.com/2008/11/le... http://rockgempak.blogspot.com/2007/03/rock-kapak-... http://www.budiey.com/lefthanded-rakam-album-baru/ http://carmahlms.com/Info_Muzik/IMarticles/IMlktn.... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/10... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt... https://rockon2011.wordpress.com/category/hattan/ https://books.google.com.my/books?id=upqfAAAAMAAJ&...